7.5.06

Berfikir seperti juara

Meski mata tertutup, dia tetap berfikir. Jika anda mahu mendapat keputusan sebagaimana yang para juara dapat, pertama sekali anda mesti berfikir seperti juara! " Bagaimana seorang juara berfikir? Di sini ada satu senarai sepuluh kepercayaan utama yang yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Pertimbangkan setiap satu dengan teliti, bayangkan perubahannya, dan setiap ia sebahagian daripada kehidupan anda. Satu : Juara bukan dilahirkan tetapi ia dicipta. Dua : Kekuatan utama dalam diri anda ialah cara anda berfikir. Tiga : Anda diberi kuasa untuk mencipta realiti diri sendiri. Empat : Ada nikmat disebalik setiap kesusuahan. Lima : Setiap satu kepercayaan anda ialah suatu pilihan. Enam : Anda tidak tewas sehinggalah anda menerima ketewasan itu sebagai suatu kenyataan dan berhenti untuk mencuba. Tujuh : Anda telah sedia memiliki kebolehan untuk berjaya dalam sekurung-kurangnya suatu bidang kehidupan. Lapan : Sekatan sebenar tentang apa yang anda boleh laksanakan dalam hidup ialah apa yang anda kenakan pada diri sendiri. Sembilan : Tiada kejayaan terbesar tanpa tanggungjawab yang besar. Sepuluh : Anda memerlukan sokongan dan kerjasama orang lain untuk mencapai matlamat yang anda idam-idamkan.

No comments: