31.5.06

New clues on Islam's arrival in Indonesia

Most historians believe that Islam arrived in Indonesia in the 11th century, but a new discovery suggests that the noble religion might have reached the country in the late 10th century, The Jakarta Post reported. Horst H. Liebner, a German scientist, said a salvage mission recently retrieved 490,000 pieces of ceramics, glassware, stoneware and metal items from the wreckage of a ship some 70 kilometers off the Cirebon coast.Subsequent scientific analyses showed that the ceramics were made in China between 930 AD and 990 AD, while the glassware was brought from Cairo, Damascus, Baghdad and Basra. Experts say the value of the materials could reach up to U.S. $40 million."It is safe to conclude that the ship sank in the second half of the 10th century, possibly around 960 AD," Liebner said. An Indonesian historian, Asvi Warman Adam, welcomed the discovery, but warned that it was still too early to change Indonesia's history. "I think more evidence should be gathered and more analysis conducted to be able to claim that Islam came to Indonesia at that time, since it's still unclear whether the ship is really that old," he said.Mr Adam said he supported suggestions that Islam might have come to Indonesia from China. Historians have long speculated that Islam may have reached the Asian country from Arabia, India or China. "So, the findings will support the speculation," he said. The ship is believed to have sunk in the Java Sea on its way from Sriwijaya Kingdom in South Sumatra to Singosari Kingdom in East Java.Among the important items recovered from the wreckage are beads, or tasbih, on which several Arabic letters are sculpted, and several small printing plates used to duplicate Arabic letters and words. Another important finding is a metal sword handle, whose style and lettering looked like weapons used by the Malay or Palembang people, who are mostly Muslim. "The Arabic letters have been analyzed by international and local experts and they have come to the conclusion that the letters or word form one of Allah's names. This suggests that several high-level Muslims were on board (the ship)," said Liebner, who was also member of the salvage mission.Liebner added that an evaluation of the materials indicated some passengers were coming to Java to spread Islam. Although further scientific analyses should be carried out in order to be able to make a more precise conclusion, the discovery is the earliest proof of Islam's (existence) in Indonesia," he said. Dipetik daripada www.islamonline.com

30.5.06

Beza Antara Mentega Dan Marjerin

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya? Anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram padamarjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ? INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah,mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

How to be Safe from Lightning

Lightning Safety Awareness: Education is Key Few people really understand the dangers of lightning. Many people don't act promptly to protect their lives, property and the lives of others because they don't understand all the dangers associated with thunderstorms and lightning. The first step in solving this problem is to educate people so that they become aware of the behavior that puts them at risk of being struck by lightning, and to let them know what they can do to reduce that risk... Working on a PC Keep your feet away from 'bare' floor and metal objects at all times. Isolate the entire equipment set-up from all external connections with an effective protection device such as CAL-LAB Lightning Isolator model-SF9512, for equipment & USER safeties. At golf course or open field Start looking for shelters as soon as you sense an impending storm or feel your hair 'standing'. The metal cage of your car may be a good shelter. At your office Avoid using any UNPROTECTED telephone or PC, if you know of an impending storm. At home Avoid using any UNPROTECTED telephone or PC or Home Entertainment System (especially with a Satellite TV decoder which is not grounded properly). If you have to use, be sure there is an effective protection device (such as LI* from CAL-LAB) correctly installed. While driving If you are caught in a thunderstorm, in a car, you should worry more for 'road safety' than lightning hazard, because you are part of the isolated entity (with equal potentials) held together by a metal cage. Jogging in a park Avoid taking shelter under a tall tree or an exposed hut or shelter. Get to a building where you can be kept dry and away from metal object, if possible. Carrying out any kind of installation work Never carry on any work involving external connections such as to a Satellite dish, telephone line or TV antenna if you know of an impending storm. If you must continue, be sure to 'GROUND' any cable you are about to handle.

26.5.06

Doa Yang Tidak Lengkap

"Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu''. Ucapan yang berbentuk doa ini biasa ditulis di atas bungkusan hadiah yang disediakan atau lumrah diucapkan sebagai tahniah kepada pasangan pengantin baru. Doa yang dipohonkan oleh ramai orang, biasanya akan dimakbulkan Tuhan. Oleh kerana itu tanpa disedari, harapan ikhlas daripada kaum kerabat dan sahabat handai dalam doa yang disampaikan tadi menjadi kenyataan. Ditakdirkan, jodoh kedua-dua pasangan tersebut tidak berpanjangan. Lebih memilukan lagi perceraian justeru berlaku sewaktu anak-anak sudah berumah tangga dan beranak pinak. Akhirnya, pasangan tersebut bercerai selepas bergelar datuk dan nenek, sesuai dengan doa para hadirin yang mengiringi perkahwinan mereka. Kenapa tidak kita doakan mereka `berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat'? Keadaan ini hanyalah salah satu contoh permohonan doa kepada Allah s. w. t. yang kurang lengkap dan sempurna. Sememangnya Allah Maha Pemurah dan sentiasa mendengar dan mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya, sebagaimana Firman-Nya: ``Mintalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan permintaanmu.'' (al-Mukmin: 60) Namun, ibarat mengirim surat permohonan kerja, jawatan yang diminta biarlah jelas dan terang. Jangan sampai lain yang diharap lain pula yang dapat. Beberapa lagi contoh yang berkaitan dengan doa yang kurang lengkap ini ialah mohon dipanjangkan umur. Sedangkan usia panjang itu sebaiknya disertakan dengan tubuh badan yang sihat untuk beramal ibadat, bukan umur lanjut yang akhirnya membebankan keluarga di sekelilingnya. Begitu juga permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan harta kekayaan. Sepatutnya kita meminta ditambahkan rezeki yang halal dan diberkati, yang dengannya kita dapat beramal jariah dan memanfaatkannya ke jalan Allah s. w. t. Jangan sampai rezeki yang melimpah ruah, menjadikan kita lupa diri sebagai hamba-Nya dan lebih fatal lagi lupakan Allah. Kisah yang berlaku pada Tsa'labah bin Hatib berikut ini barangkali boleh dijadikan peringatan, walaupun peristiwa tersebut bukan merujuk pada masalah yang disebutkan di atas. Tsa'labah meminta Rasulullah s. a. w. berdoa kepada Allah agar dia diberi rezeki harta. Baginda menasihatkannya supaya mensyukuri apa yang ada kerana bimbang dia tidak kuat menerimanya. Tetapi Tsa'labah tetap mendesak dan berjanji akan memberikan bahagiannya kepada yang berhak sekiranya dia kaya. Rasulullah s. a. w. pun berdoa: ``Ya Allah berikanlah Tsa'labah rezeki harta, berilah dia kambing.'' Dengan kehendak Allah s. w. t. kambing-kambing Tsa'labah membiak banyak seperti ulat, sehingga kota Madinah seolah-olah menjadi sempit kerananya. Kerana terlalu sibuk dengan `hartanya' ini, Tsa'labah hanya sempat menunaikan solat jemaah Zuhur dan Asar. Akhirnya dia hanya sempat sembahyang Jumaat, yang kemudiannya ditinggalkannya juga. Mendengar keadaan Tsa'labah, Rasulullah s. a. w. bersabda: ``Rugilah Tsa'labah.'' Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian Allah menurunkan perintah supaya orang yang berharta mengeluarkan sedekah untuk membersihkan dan menyucikan mereka. Apabila baginda menghantar utusan disertakan surat kuasa kepada Tsa'labah untuk mengutip zakat yang diperintahkan Allah s. w. t., Tsa'labah bahkan dengan sinis berkata berkali-kali: ``Ini tidak lain mestilah ceti''. Selepas utusan-utusan tadi memungut zakat daripada orang lain, mereka kembali semula kepada Tsa'labah. ``Tunjukkan surat itu kepadaku,'' katanya. Setelah membacanya dia berkata: ``Ini sama sahaja dengan ceti. Kembalilah kalian, biar aku fikirkan dulu.'' Sabda Rasulullah s. a. w. : ``Celakah kamu wahai Tsa'labah!''. Akhirnya Allah menurunkan ayat 75-77 yang menceritakan tentang kemunafikan orang yang memungkiri janjinya. Berita turunnya ayat tersebut kemudiannya sampai kepada Tsa'labah. Dia datang menemui Nabi s. a. w. untuk menyampaikan zakatnya, tetapi jawab Baginda s. a. w.: ``Allah telah melarangku menerima zakat kamu.'' Selepas Baginda s. a. w. wafat, zakat Tsa'labah tetap tidak diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Sekiranya kisah Tsa'labah ini boleh kita kaitkan dengan doa yang kurang lengkap kepada Allah, bayangkan rezeki melimpah yang diminta bukan mendatangkan kebahagiaan sebaliknya mengundang kecelakaan. Rasulullah s. a. w. selalu berdoa : ``Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus dan kembali tanpa kehinaan dan kecelaan.''

Rahsia Menjadi Bapa Yang Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), Antaranya: Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya. Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri. Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang. Anak yang tidak berbapa. Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah: Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran. Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah. Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan) Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan. Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:- Bapa yang komited dan bertanggungjawab. Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang! Kenali anak anda. Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,ketakutan,kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka. Istiqamah (tetap pendirian) Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); Kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; Sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihatm dan diikuti. Melindungi, menyara dan mendoakan Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat. Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang. Menjadi pendengar yang baik. Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka berhak' untuk didengari dan diberi perhatian. Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian. Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan`keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

The One Eyed Mother

My mom only had one eye. I hated her... she was such an embarrassment... She cooked for students & teachers...to support the family. There was this one day during elementary school and my mom came. I was so embarrassed. How could she do this to me? I threw her a hateful look and ran out. The next day at school... "Your mom only has one eye?!?!"...eeeee said a friend. I wished my mom would just disappear from this world. So I said to my mom, "Mom... Why don't you have the other eye?! If you're only gonna make me a laughing stock, why don't you just die?!!!" My mom did not respond... I guess I felt a little bad, but at the same time, it felt good to think that I had said what I'd wanted to say all this time... Maybe it was because my mom hadn't punished me, but I didn't think that I had hurt her feelings very badly. That night... I woke up, and went to the kitchen to get a glass of water. My mom was crying there, so quietly, as if she was afraid that she might wake me. I took a look at her, and then turned away. Because of the thing I had said to her earlier, there was something pinching at me in the corner of my heart. Even so, I hated my mother who was crying out of her one eye. So I told myself that I would grow up and become successful. Then I studied real hard. I left my mother and went to Singapore to study. Then, I got married. I bought a house of my own. Then I had kids, too... Now I'm living happily as a successful man. I like it here because it's a place that doesn't remind me of my mom. This happiness was getting bigger and bigger, when... What?! Who's this?! It was my mother...Still with her one eye. I felt as if the whole sky was falling apart on me. Even my children ran away, scared of my mom's eye. And I asked her, "Who are you?!" "I don't know you!!!" as if trying to make that real. I screamed at her, "How dare you come to my house and scare my children!" GET OUT OF HERE! NOW!!!" And to this, my mother quietly answered, "Oh, I'm so sorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared out of sight. Thank good ness... She doesn't recognize me. I was quite relieved. I told myself that I wasn't going to care, or think about this for the rest of my life. Then a wave of relief came upon me... One day, a letter regarding a school reunion came to my house in Singapore. So, lying to my wife that I was going on a business trip, I went. After the reunion, I went down to the old shack, that I used to call a house... Just out of curiosity. There, I found my mother fallen on the cold ground. But I did not shed a single tear. She had a piece of paper in her hand....It was a letter to me. "My son... I think my life has been long enough now... And... I wont visit Singapore anymore... But would it be too much to ask if I wanted you to come visit me once in a while? I miss you so much.. And I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I decided not to go to the school. For you... And I'm sorry that I only have one eye, and I was an embarrassment for you. You see, when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mom, I couldn't stand watching you having to grow up with only one eye... So I gave you mine... I was so proud of my son that was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye. I was never upset at you for anything you did.. The couple times that you were angry with me.. I thought to myself, 'It's because he loves me..' My son... Oh, my son... " This message has a very deep meaning and is passed to remind people of the goodness they have enjoy was because of others directly or indirectly. Pause a moment and consider your life! Be thankful of what you have today compared to many millions who do not live lives as you do.

Cara Mengatasi Lemak dan Kolesterol

BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Malaysia. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar. Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat. Diberikan beberapa panduan di sini: Daging Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu. Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan. Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati. Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu. Ikan Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Telur Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu. Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur. Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Lemak dan minyak Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak. Sapukan mentega dengan tipis. Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones. Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu. Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya. Gantikan mi goreng dengan mi sup. Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu. Makan buah segar dan bukan kek dan pastri. Produk tenusu Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak. Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak. Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini. Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar. Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.

Anjing dan Perempuan

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je? ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi. LEMBU : eh? kenapa? ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak. ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi) "Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

20.5.06

Pantun Kuih-Muih

Goreng cempedak di luar pagar Ambik batang buruk tolong jolokkan Saya budak baulu belajar Kalau salah tolong sampritkan Kek pandan jauh ke tengah Apam balik bercabang tiga Hancur maruku di kandung tanah Masalodeh yang baik dikenang juga Sorong apam tarik apam Buah Melaka dalam perahu Suruh makan apam saya makan apam Suruh makan apam balik saya tak tahu Lepat Pak Malau lepat pisang Lepat hamba lepat ubi Pau tuan pau kelapa Pau hamba pau serikaya Lemang tinggi-tinggi Sampai cucur badak Belum tumbuh gigi Dah pandai makan karipap Hari ini menanam jagung Hari esok menanam serai Malam ini kita makan bubur jagung Malam esok kita makan tapai Nasik manis buah Melaka Sayang popia hamba lurutkan Buang tepung gomak buang serimuka Kerana cokodok hamba turutkan Kalau ada donat di ladang Boleh saya menumpang makan Kalau ada lemang yang panjang Boleh kita menumpang makan lagi Kuih talam di bawa belayar Masak setalam di atas peti Hutang lempuk boleh di bayar Hutang dodol di bawa mati

Keajaiban otak manusia

Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak? Jumlah yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana jumlah neuron tidak melambangkan kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan antara neuron dengan neuron atau dipanggil sinaps(synapses) itulah yg menentukan tahap kecerdasan tersebut. Namun, meskipun jumlah sinaps yg biasa dalam otak manusia berjumlah sekitar 10 trilion(10,000,000,000,000), tidak semuanya terguna dengan baik kerana kurangnya pengetahuan tentang peranan imaginasi merealitikan impian-impian. Dan tahukah anda, 25,000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum. Mewujudkan imaginasi adalah salah satu daripada peranan otak dalam aktiviti berfikir. Imaginasi yg telah wujud akan melalui beberapa lagi proses internal yg akan menggerakkan anggota-anggota manusia yg lain untuk merealitikan impian-impian yg telah digambarkan itu. Berat otak lebih kurang 1.5kg iaitu 1/40 drpd berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex, otak mammalian dan otak reptilian. Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler & Lockard). Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yg disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi. Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dikenali sebagai otak logic manakala otak kanan otak artistic. Neuron mengandungi bahan sel yg saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan neuron yg lain. Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yg dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% drpd potensi otak, 90% lg sentiasa menanti untuk dikembangkan. Otak Kanan-Kreatif (Creative) - Sintesis - Analogi(membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan cirri yg serupa) - Ruang - Intuitif(kebolehan mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak hati) - Holistik(kebolehan memahami idea secara keseluruhan) - Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik / Imej / Visual / Gambar - Imaginasi - Kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative) - Global - Interaktif - Gerakan / tarian - Melihat perhubungan dan keseluruhan - Amalan - Serentak (kebolehan memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa) - Visi - Perkongsian / Kerohanian - Bunyi semula jadi - Emosi(perasaan) - Konkrit Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical) - Bahasa / Lisan - Terancang dan berstruktur - Bukan gerakan - Pengiraan - Penulisan - Melihat Bahagian-bahagian - Teori - Mengawal perasaan - Analisis - Simbolik - Abstrak - Sekuens (turutan) - Rasional - Digital - Logik - Fakta - Terperinci - Perancangan - Prosedur - Ulangan - Pengelolaan - Lelurus (linear)"

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

7.5.06

Berfikir seperti juara

Meski mata tertutup, dia tetap berfikir. Jika anda mahu mendapat keputusan sebagaimana yang para juara dapat, pertama sekali anda mesti berfikir seperti juara! " Bagaimana seorang juara berfikir? Di sini ada satu senarai sepuluh kepercayaan utama yang yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Pertimbangkan setiap satu dengan teliti, bayangkan perubahannya, dan setiap ia sebahagian daripada kehidupan anda. Satu : Juara bukan dilahirkan tetapi ia dicipta. Dua : Kekuatan utama dalam diri anda ialah cara anda berfikir. Tiga : Anda diberi kuasa untuk mencipta realiti diri sendiri. Empat : Ada nikmat disebalik setiap kesusuahan. Lima : Setiap satu kepercayaan anda ialah suatu pilihan. Enam : Anda tidak tewas sehinggalah anda menerima ketewasan itu sebagai suatu kenyataan dan berhenti untuk mencuba. Tujuh : Anda telah sedia memiliki kebolehan untuk berjaya dalam sekurung-kurangnya suatu bidang kehidupan. Lapan : Sekatan sebenar tentang apa yang anda boleh laksanakan dalam hidup ialah apa yang anda kenakan pada diri sendiri. Sembilan : Tiada kejayaan terbesar tanpa tanggungjawab yang besar. Sepuluh : Anda memerlukan sokongan dan kerjasama orang lain untuk mencapai matlamat yang anda idam-idamkan.

6.5.06

Berfikir

Berfikir itu pelita hati. Berfikir seminit adalah lebih baik daripada menonton tv atau mendengar radio selama beberapa jam. Berfikir dapat menjanakan idea segar dan membaharui kesedaran/pengamatan terhadap persekitaran kita. Seterusnya, kematangan akan menumbuh secara pesat dan meletakkan seseorang selangkah di hadapan daripada orang lain.